Thursday, 8 December 2011

Fakta pasal haiwan yang kita tak-tau.

Korang kenal lembu & kambing? Tau kucing? Pernah dengar pasal ayam & itik? Pernah tengok spider? Pernah ada ikan emas? Tau ape tu sotong kurita? Haa, jom hari ni aku nak cerita pasal haiwan haiwan ni, yang kita tau pasal diorang cam gitu gitu je, tapi tak-tau fakta menarik pasal mereka nih.

Gossip fakta atau auta.

SI LEMBU & CIK KAMBENG.
Kalau korang nak tau, lembu & kambing ni suka makan garam. Maybe bila gaul-kan rumput & garam tuh, diorang dapat rasa ade rasa rupanya rumput yang diorang makan ni. Jadi, diorang sangat-lah gila kalo rumput diorang makan tu kena tabur dengan garam. Kalau buat-lah tuan dia silap tak letak garam, mau dia sondol & tanduk-nye tuan dia. So, tak-nak kena belasah dengan lembu atau kambing, bawak-lah garam bersama korang. Kompem tak-kena kejar.

CIK KUCING.
Haa, ni pasal si kucing betina pulak. Cerita ni tak senonoh sikit. Hehe. Bukan ape, rupa rupanya, kucing betina ni mengawan bukan dengan seekor bapak jantan jer, tapi dengan banyak bapak jantan rupanya dalam satu satu masa. Aku ingat-kan, kalo dia kena mengorat dengan ramai ramai jantan, the best men win, tapi rupanya semua jantan dia sapu! Patut-lah anak anak dia jadi colorful. Ramai daddy rupanya. Haha!

SI AYAM & ITIK.
Laen pulak ayam dengan itik, ayam & itik betina lagi best, diorang bole independent. Tau tau, dah sampai tempoh matang, dah terberterlur tak tentu pasal. Rupanya ade jenis ayam & itik yang memang untuk bertelur sahaja. Diorang akan bertelur tanpa perlu mengawan dengan ayam jantan. So, si ayam atau itik betina nih hidup diorang untuk bertelur je-lah. Sebab tu, kalau korang tengok, kat reban ayam atau itik yang dibela untuk bertelur, semua bulu putih! Mana ade ayam jantan pon! Tapi telur tu memang hanya untuk di makan. Telur tu tak-kan berkembang jadi anak ayam atau menetas. Perfect betul ciptaan Allah s.w.t kan?

CIK SPIDER.
Haa, yang ni terlampau dahsyat plak. Tau-tak, selalunya size spider betina lagi besar dari spider jantan. So, lepas diorang ehem ehem (mengawan..hehe), spider betina akan terus bunuh dan makan spider jantan tu. Hohoho, ni memang kes gila. Punya tak-nak partner dia dapat kat spider lain, kena makan terus. Memang best jadi spider betina, tak-pernah ada risiko nak kena tinggal sebab kes curang. Haha! Ini baru cinta sejati, dengan rela-nya spider jantan pergi serah diri sebab nak sangat kan mengawan dengan spider betina tuh. Haa, ambik kau. Hahaha!

SI IKAN EMAS.
Yang ni kes kesian pulak. Rupanya, dalam banyak banyak haiwan, binatang yang paling tak pandai atau IQ paling rendah ada-lah ikan emas. Muka je lawa, tapi IQ rendah rupanya. Kesian kesian. Ingatkan CIK BI yang IQ rendah sebab boleh lari satu hala je, rupanya ikan emas lagi rendah IQ nye. Haha! Ikan emas ni, dia tak-kan ingat apa yang dia buat. Yang dia tau, dia ikan, kena hidup dalam air, tunggu makanan. Bila dia makan pon tak ingat. Dia sendiri kenyang pon dia tak-tau. Sebab tu, kalau terlebih bagi dia makan, tau tau timbul je, dah mati, sebab terlebih makan. Dia sendiri tak-tau dia terlebih makan. Kesian betul IQ rendah sampai tahap macam ni.

 CIK SOTONG KURITA.
Haa, ini-plak cerita pasal sejenis sotong yang besar ni. Kalau dalam movie omputih, macam jahat je kan sotong kurita ni sebab dia besar, pastu dia makan manusia. Tapi sebenarnye, sotong ni baik dan penyayang gila. Mana tak-nya, sekali dia dah bertelur, dia akan mengeram-kan telur dia tanpa dia berganjak kemana-mana langsung! So, memang dia duduk keras kat situ-lah tak makan tak ape. Sampai-lah baby baby dia menetas dan selalu-nya bila dah sampai baby tu menetas, ibu kurita ni akan mati sebab tak makan tak ape. Gila dahsyat dia jaga telur telur dia. Kau hade?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...