Monday, 12 December 2011

Kenapa aku suka Twilight?

Meh sini, aku nak bagitau, kenapa aku suka vampire dalam cerita Twilight. Diorang ni rare sket dari vampire vampire yang ade dekat dalam movie yang seangkatan dengan-nya. Hehe.


  1. Vampire dalam cerita ni educated, diorang pegi sekolah. Siap graduate beratus ratus kali lagi haa.. Hebat tuh, mana nak jumpa vampire rajin pegi sekolah macam nih?? 
  2. Vampire dia pon ada masa depan yang cerah sebab ayah diorang kerja jadi doctor. Haa, mana ada cerita vampire jadi doctor. Dalam Twilight je ade tau!
  3. Vampire dia terror maen baseball. Haa, ingat keje vampire haunting je ke? Diorang pon reti maen baseball apee... Gempak plak tu maen baseball, siap ade background music Muse-supermasive blackhole lagi. Cool gituw..
  4. Vampire dia malu malu nak tunjuk gigi taring diorang. Berapa kali je-lah korang dapat nampak taring vampire dalam movie nih. Diorang pemalu, tak macam vampire dalam movie laen yang suka tayang tayang taring diorang. Hehe.
  5. Rumah vampire dia berkonsepkan modern kotemperori. Haha! Pandai pandai je aku! :D. Tapi betul ape, mana ade coffin ke, sarang labah labah, mahupon habuk. Tak-de pon...
  6. Vampire dia ade lesen kereta & kereta diorang semua gempak gempak weyh. Bawa kereta pon hebat gila! Jarang nak nampak scene scene vampire bawak kereta dalam cerita vampire yang laen.
  7. Vampire dia bukan terbakar atau pon mati bila kena matahari, tapi badan bertukar jadi macam diamond yang sangat cantik. Cuma akan mati jugak-lah kalau Volturi tau diorang dedah-kan diri kat manusia. Konsep sama tapi cara yang berlainan. Hehe.
  8. Vampire dia dating atas pokok tuh. Atas gunung. Hebat aa.. romantic gile.. Hehe :D
Emm tu-je-lah, antara sebab sebab aku suka Twilight yang menunjukkan vampire dia laen dari yang laen. Tapi sebab utama-nya ade Edward Cullen sebenar-nya. Tapi malu malu nak bagi-tau. HAHA! :P


Besar GILA mereka nih?

Memang laen dari yang laen-lah-kan! 
 Besar gila tanduk dye weyh! Tanduk orang best ni.Tapi macam mana dia seimbang-kan kepala dia?
 Oh man! besar-nya piggie nih! Gila kalau kena sondol nih. 
 Ni kucing ke apeee nih? Panjang-nye badan dia? Spesis arab kot kan? Hehe..
 Haloh haloh! Comelnye!!! Sian, muka dia pasrah je.. Muka malas pon adee juga nih!
 Besar-nya rabbit nih?? Ape dah jadi dengan dia? Terlebih makan carrot ke?
 What the?? Besar gila jari dia!! Mesti kes tumor ni. Ececey, pandai je aku, macam doctor plak. Hehe.
 Ni betul ke tak ni? Asal rilek sangat orang tu stay kat situ? Dia nampak tu mulut jerung ke mulut ayam?
 Glamer jap pakcik nih. hehe.. Untung wey kalo ade pokok kelapa yg berbuah besar camni. Banyak hasil boleh dapat nih.
 Hah! Yang ni, kalau makan, confirm bau TERBAEKKK.. Hahaha!
 Tau ni ape? Ni ikan keli albino. Gila besar ikan keli ni, dah-la besar, albino plak tuh! Ni nak masak macam mana nih agak-nye?
Haa ni bukan scene cerita anaconda, ni betul betul! Bukan cobaan! Orang yang masuk sangkar, bukan dia. Haha!

Sunday, 11 December 2011

Soal siasat bersama saya, silentblogger. hehe :D

Alamak! aku kena tagged lah! Dah-la baru reti reti nak join blogging ni, tiba tiba kena tagged, memang menggelabah jadi. hehe. Thanks to Mr Doctor sebab tagged saya! :)


Okay firstly, ade rules-nya nak post benda ni. Nama pon soal-siasat kan, kena-lah ade rules :P
  • You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
  • Answer the question the tagger set for you their post. And create eleven new questions for people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back.
  • No stuff in the tagging section about "You are tagged if you are reading this" You legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have tagged 11 people.

Okay, then aku kena reveal 11 things about diri aku. Oh man! Nak reveal ape ni? Korang baca je-lah ea.
  1. Aku ni tinggi gila orang-nya, 174cm. Tinggi-lah tu kan bagi orang perempuan? Huhu T.T
  2. Aku takut lori & itu-lah penghalang aku untuk berjaya buat lesen sampai sekarang. Aku rasa kalau aku bawa lori baru aku boleh hilang-kan fobia takut lori kot. #.#
  3. Aku ramai kawan lelaki, tetapi aku pemalu dengan lelaki. Macam mana tuh?
  4. Aku suka kucing & aku suka cakap dengan kucing aku. Kucing aku faham okay? Jangan cakap aku gila pulak ehh.
  5. Aku suka dengar music genre alternative rock. Antara band yang aku suka Muse, Radiohead, Weezer, & seangkatan dengan-nya.
  6. Aku suka seni tapi aku dilahirkan tak-de bakat seni. Dah try belajar maen guitar, tapi jari susah nak lembut. Hoho. Sadis T.T
  7. Pernah ter-tinggal dalam kereta masa kecik sebab orang tak-sedar aku tido dalam kereta. Pukul 3 pagi aku bangun & ketuk pintu rumah macam orang gila. Takot wey duduk sorang sorang kat lua umah time tuh!
  8. Aku anak ke 7 dari sembilan adik beradik. Tapi aku bongsu perempuan. Aku takde adek perempuan. And aku tak-tau aku ni reti independent ke tak. Hehe.
  9. Aku tak-boleh buat dua tiga perkara dalam satu masa. 
  10. Aku suka sangat dengan warna hitam dan benci sangat dengan warna pink terang. 
  11. Aku ada-lah seorang yang suka buat sesuatu mengikut mood aku. Kalau aku bersungguh-sungguh, aku akan jadi bersungguh-sungguh sangat, and kalau aku malas, aku akan jadi sangat malas. 
Haa, tu-jelah 11 things about me yang aku berani nak reveal kat korang. Hehe. Hope korang sudi jugak ye reveal kat aku?? :) Okay, next, aku pon dengan blur blurr nye akan jawap 11 soalan yang MR Doctor bagi kat aku. One two go! ;

Adakah anda marah apabila ditag untuk jawab soalan mengarut ni?
Ha ah! Marah sangat sangat, rasa macam nak bunuh orang yang tagged saya ni! Hehe. Tak-de-lah :) Interesting buat benda ni. Hehe. Bole update entry baru :)
Terangkan tentang ciri-ciri lelaki atau wanita idaman anda.
Seimbang dunia akhirat agama-nya, protective, gentlemen, pemalu dengan perempuan, good listener, romantic, caring, honest, sincere..... good looking. HAHAHA! :P
Apa motif korang berblogging?
Saja saja nak isi masa kosong dengan berinteraksi dengan orang laen di alam maya. Cewahh. 
Apa pendapat korang bila orang kata blogging ni buang masa.
Orang tu yang buang masa sebenar-nya sebab sibuk condemn orang laen. 
Apa pendapat korang bila tengok orang gemuk dekat kfc?
Tak-de beza bila tengok dengan orang tak gemuk dekat situ. Tak-de pendapat lah. Biar-lah orang tu kat situ. Huhuhuhu...Dia nak makan kfc..
Apa pendapat korang pasal remaja yang bercouple?
Suka hati diorang-lah kan nak bercinta, tapi biar-lah berpada pada & jangan taksub sangat dengan bercinta sampai lupa orang sekeliling.
Apa pendapat korang pasal lelaki yang berdoodle?
One in a million nak jumpa lelaki macam ni. Maybe jenis tersusun and teliti kalau buat sesuatu. Bagus lelaki macam ni. Huhu....
Korang suka tak tengok laki rambut panjang + bercekak?
Tak berapa nak suka. Hehe.. Messy hair & spike is much better. Hehe.
Apa pendapat korang tentang k-pop?
Jambu tapi lagu dye okay okay lah. Saya layan CN Blue je sebab dia band. Takde menari nari. Hoho.
Adakah anda rasa diri anda cantik/hensem?
Saya tak berani nak rasa macam tu sebab saya tak-de self confident.
Sila beri komen tentang blog mrdoctorspeaking.blogspot.com
Interesting blog. Funky and comel. Banyak gambar cartoon cute cute. Kalah blog saya. hehe :D

Now, this is the 11 question yang saya nak soal siasat korang. Hehe :D . Harap sudi jawap yer?
  1. Bila korang start ber-blogging ye?
  2. Apa dream car korang?
  3. Kalau dapat RM 1 juta, apa korang nak buat dengan duit tu?
  4. Ape pendapat korang dengan keadaan ekonomi negara kita?
  5. Pengalaman pahit/manis masa kecik yang korang tak dapat lupa-kan.
  6. Ape korang buat kalau korang terserempak dengan hantu depan depan.
  7. Dalam banyak banyak nombor, nombor ape korang suka dan kenapa?
  8. Ciri ciri apa yang membuat-kan korang terjatuh hati dengan seseorang?
  9. Pernah ada pengalaman eksiden? Teruk tak?
  10. Kalau boleh putar-kan masa, korang nak pilih zaman bila?
  11. Ape komen korang pasal blog silentblogger11. Hehe :D
DONE! :) Hehehe... Okay, saya pick random je-tau siapa siapa 11 blogger yang kena tagged ni. Mintak maaf awal awal kalau korang tak-suka :( Just for fun only.. Thanks yep!

Saturday, 10 December 2011

Tips nak dapat makan free kat Mc Donalds.

Jika berminat nak tahu tips tips nye, tengok video kat bawah ni.
Tanpa buat sebarang order, dan hanya tunggu dalam kereta, anda boleh dapat makan free dengan selamber-nya.




Haha! jahat gila manusia ni! Don't try this at Mc Donalds, haram woii!!!
*This entry just for fun.

Friday, 9 December 2011

Dunia akhir zaman : Mak bercinta & berzina dengan anak sendiri.

Aku mampu mengucap panjang je masa terjumpa video ni. Rasa tak logic pon ade! Bila dah full tengok video nih, apa yang aku boleh cakap, mak dia macam ade mental problem, and maybe gila s**s! Yang anak jantan dia pon lembik, bodoh macam ape.. Eeeee! Tak-leh terima-lah aku! Semoga diorang ni taubat-lah! Golongan macam ni-lah yang panggil bala. Jangan-lah benda benda pelik macam ni sampai kat Malaysia pulak!




Dengan selamber badak-nye diorang berani tayang muka. Muka selamber macam bangga buat benda songsang macam ni! Yang pengacara & penonton pon boleh layan talk show ni macam takde ape ape! Siap boleh gelak gelak tepuk tangan bagai. Memang GILA.

Thursday, 8 December 2011

Fakta pasal haiwan yang kita tak-tau.

Korang kenal lembu & kambing? Tau kucing? Pernah dengar pasal ayam & itik? Pernah tengok spider? Pernah ada ikan emas? Tau ape tu sotong kurita? Haa, jom hari ni aku nak cerita pasal haiwan haiwan ni, yang kita tau pasal diorang cam gitu gitu je, tapi tak-tau fakta menarik pasal mereka nih.

Gossip fakta atau auta.

SI LEMBU & CIK KAMBENG.
Kalau korang nak tau, lembu & kambing ni suka makan garam. Maybe bila gaul-kan rumput & garam tuh, diorang dapat rasa ade rasa rupanya rumput yang diorang makan ni. Jadi, diorang sangat-lah gila kalo rumput diorang makan tu kena tabur dengan garam. Kalau buat-lah tuan dia silap tak letak garam, mau dia sondol & tanduk-nye tuan dia. So, tak-nak kena belasah dengan lembu atau kambing, bawak-lah garam bersama korang. Kompem tak-kena kejar.

CIK KUCING.
Haa, ni pasal si kucing betina pulak. Cerita ni tak senonoh sikit. Hehe. Bukan ape, rupa rupanya, kucing betina ni mengawan bukan dengan seekor bapak jantan jer, tapi dengan banyak bapak jantan rupanya dalam satu satu masa. Aku ingat-kan, kalo dia kena mengorat dengan ramai ramai jantan, the best men win, tapi rupanya semua jantan dia sapu! Patut-lah anak anak dia jadi colorful. Ramai daddy rupanya. Haha!

SI AYAM & ITIK.
Laen pulak ayam dengan itik, ayam & itik betina lagi best, diorang bole independent. Tau tau, dah sampai tempoh matang, dah terberterlur tak tentu pasal. Rupanya ade jenis ayam & itik yang memang untuk bertelur sahaja. Diorang akan bertelur tanpa perlu mengawan dengan ayam jantan. So, si ayam atau itik betina nih hidup diorang untuk bertelur je-lah. Sebab tu, kalau korang tengok, kat reban ayam atau itik yang dibela untuk bertelur, semua bulu putih! Mana ade ayam jantan pon! Tapi telur tu memang hanya untuk di makan. Telur tu tak-kan berkembang jadi anak ayam atau menetas. Perfect betul ciptaan Allah s.w.t kan?

CIK SPIDER.
Haa, yang ni terlampau dahsyat plak. Tau-tak, selalunya size spider betina lagi besar dari spider jantan. So, lepas diorang ehem ehem (mengawan..hehe), spider betina akan terus bunuh dan makan spider jantan tu. Hohoho, ni memang kes gila. Punya tak-nak partner dia dapat kat spider lain, kena makan terus. Memang best jadi spider betina, tak-pernah ada risiko nak kena tinggal sebab kes curang. Haha! Ini baru cinta sejati, dengan rela-nya spider jantan pergi serah diri sebab nak sangat kan mengawan dengan spider betina tuh. Haa, ambik kau. Hahaha!

SI IKAN EMAS.
Yang ni kes kesian pulak. Rupanya, dalam banyak banyak haiwan, binatang yang paling tak pandai atau IQ paling rendah ada-lah ikan emas. Muka je lawa, tapi IQ rendah rupanya. Kesian kesian. Ingatkan CIK BI yang IQ rendah sebab boleh lari satu hala je, rupanya ikan emas lagi rendah IQ nye. Haha! Ikan emas ni, dia tak-kan ingat apa yang dia buat. Yang dia tau, dia ikan, kena hidup dalam air, tunggu makanan. Bila dia makan pon tak ingat. Dia sendiri kenyang pon dia tak-tau. Sebab tu, kalau terlebih bagi dia makan, tau tau timbul je, dah mati, sebab terlebih makan. Dia sendiri tak-tau dia terlebih makan. Kesian betul IQ rendah sampai tahap macam ni.

 CIK SOTONG KURITA.
Haa, ini-plak cerita pasal sejenis sotong yang besar ni. Kalau dalam movie omputih, macam jahat je kan sotong kurita ni sebab dia besar, pastu dia makan manusia. Tapi sebenarnye, sotong ni baik dan penyayang gila. Mana tak-nya, sekali dia dah bertelur, dia akan mengeram-kan telur dia tanpa dia berganjak kemana-mana langsung! So, memang dia duduk keras kat situ-lah tak makan tak ape. Sampai-lah baby baby dia menetas dan selalu-nya bila dah sampai baby tu menetas, ibu kurita ni akan mati sebab tak makan tak ape. Gila dahsyat dia jaga telur telur dia. Kau hade?

Lelaki LOSER bila....

Assalamualaikum,

First of all, aku mintak ampun mintak maaf kalau entri ni membuatkan ade sesiapa tersinggung. Aku takde niat jahat, cuma nak memberi pendapat.

Ciptaan Allah s.w.t tu dah memang terbaek. Dijadikan lelaki & perempuan ade kurang and lebih so boleh-lah melengkapi satu sama lain kan. Sebab tu lah takle gay & lesbian nih, sebab korang sama. Buat ape nak melengkapi plak. Haha!

Okay, lelaki ni sangat-lah gagah-nye, tapi hilang gagah-nye atau senang aku letak "loser"-lah. Tau sebab ape?


  1. Bila lelaki ni menipu perempuan. Beb, dah tau awek ni jenis cepat percaya cakap lelaki, yang pergi ayat dia sampai dia tangkap sayang pastu ko main main kan dia kenapa bro? Diorang ni dah-la hati basah, dah tak pasal pasal merana kaum tuh. Aku cakap lelaki macam ni loser sebab dah tau perempuan ni senang kena tipu, lagi nak tipu. Nampak sangat lembik-nye lelaki macam ni. So, lelaki kat luar sana yang suka menipu, anda memang ape? LOSER.
  2. Bila lelaki pukul perempuan. Haa, jantan macam ni memang dayus. Dah terang terang kau tau kau tu kuat dari dia, patutnya kau lindung dia, ini-kan tak, kau lagi pegi belasah dia. Kau jawap la ngan tuhan nanti sebab pukul anak orang. Dah terang terang perempuan tu lemah, memang kompem la ko menang kalo pukul dia. Nak lawan, panggil la Pak Abu ke, Pak Abbas ke, baru la the true man. LOSER!
  3. Bila lelaki rembat duit perempuan. Adoii, tak gentlemen langsung lah wey! Malu lah wey pakai harta awek. Mentang mentang awek kau kaya, sayang kau, senang senang je ko tumpang senang dia. Aku jeles ni. Aku jeles. Haha! Tak-delah, bagi aku, untung badan la dapat partner kaya, tapi, malu lah wey, kau lelaki, patut-nya kau lah keluar duit, ini tak, kau rembat lagi duit dia, pastu kau tinggal dia. Memang-lah senang nak tipu dia, tapi tak patut la wey. Memang betul-lah kau LOSER.
  4. Bila lelaki ambik kesempatan kat perempuan. Haa, ni-lah paling banyak sekarang jadi. Aku tau-lah iman lelaki ni cepat goyah, lagi lagi dapat awek hot. Tapi ingat-lah wey, mentang mentang awek ko senang kena ayat, tak-yah la ko jelajah diri dia yang haram untuk kau sentuh tuh. Kawal nafsu ko tu. Kalau sayang, kau jaga maruah dia lagi ada. Ini tak, buat sampai terberanak orang tu sorang sorang, pastu kau tinggal dia terkapai sorang sorang. Kau memang LOSER.
  5. Bila lelaki cakap tak serupa bikin. "Gunung berapi meletup aku sanggup telan lavanya untuk kau. Laut tengah tsunami aku sanggup lagi tangkap ikan untuk kau yang tersayang." Dah tau awek senang percaya ayat "munasabah" kau tu, kau bagi jugak janji tin kosong kau tuh. Pastu, bila dah lama lama, habuk pon takde. Ingat-lah bro, bila kau dah janji, makna-nya ko dah bagi harapan kat awek. Diorang ni suka ingat benda benda "munasabah" macam tu. Dah diorang tunggu tapi sampai sudah tak-de ape. Jahat btol kau. Sah-sah LOSER.
    Ini-lah pendapat aku. Lelaki ni bagus untuk jadi hero kepada perempuan, tapi perempuan kena pandai jugak pakai otak untuk pilih hero mana yang betul betul boleh pakai. Kalau tak, jadi-lah mangsa si LOSER.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...